Wednesday, August 23, 2023

PMS RACING TEAM JUARA

 

Kejayaan yang membanggakan. Tahniah buat PMS Racing Team (JKM) kerana telah menjuarai Johan Pembentangan Kategori EV & Johan Keseluruhan Kategori EV dalam Formula Motorsport Education Competition (FMEC 2023) Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 25-26 Julai 2023.

Pertandingan ini juga telah disertai oleh 15 pasukan dari pelbagai Istitusi Pengajian Tinggi Malaysia. Semoga pencapaian yang diterima ini menjadi pemangkin untuk kejayaan yang akan datang. Terima kasih semua yang telah memberi sumbangan tenaga dan kerjasama pada Team PMS Racing Team (JKM)



PERSEDIAAN SEBELUM PERLUMBAAN


Pada hari ini pasukan PMS Racing Team telah mengharungi hari pertama dengan lancar dimana sesi Pemeriksaan, Penelitian, Simulasi dan Ujilari dijalankan. Hari ini merupakan hari penentuan dimana acara time attack dijalankan. Semoga urusan PMS pada hari ini dipermudahkan.



FORMULA MOTORSPORTS EDUCATION COMPETITION 2023


Buat semua warga PMS yang berkelapangan dan berada di sekitar kawasan Sepang dijemput untuk menghadiri ke acara perlumbaan FORMULA MOTORSPORT EDUCATION COMPETITION 2023 (FMEC 2023).

Majlis Flag Off PMS Racing Team ke Pertandingan FMEC 2023 telah disempurnakan oleh Pengarah PMS Tn Hj Che Alias bin Mohd Yusof sambil diiringi oleh AMP PMS dan ahli pasukan PMS Racing Team dihadapan bangunan pentadbiran PMS pada jam 11.00 pagi, 24 Julai 2023 (Isnin). Diharapkan team PMS ini beroleh kejayaan di dalam pertandingan itu nanti.



Tuesday, November 8, 2022

LATIHAN KEMAHIRAN BERSAMA TAHFIZ

 

3-4 November 2022 : Telah diadakan Kursus Sistem Aquaponik & Program Sistem Tanaman Hidroponik anjuran Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah di bawah skop Program Latihan Kemahiran Techno Huffaz, Tahfiz dan Sekolah Pondok dibawah Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) 2022 yang bertempat di Bengkel JKM, Politeknik Muadzam Shah.

Kedua-dua kursus ini telah disertai oleh para pelajar dari Tahfiz Ar-Rayyan, Pahang dan Madrasah Tahfiz Al-Umm, Pahang yang diselaraskan oleh pengarah program iaitu Ts. Rafis Suizwan bin Ismail@Hussain dan Ts. Masrul Nizam bin Mahmod.

Untuk makluman, kursus ini dijalankan untuk memberi pendedahan dan nilai tambah kepada pelajar tahfiz dalam bidang aquaponik dan hidroponik untuk pengalaman dan kerjaya pada masa akan datang.



Tuesday, July 5, 2022

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

 

Pasukan Electrifying Bullet PMS telah berjaya memenangi hadiah saguhati dalam pertanddingan FMEC 2022 anjuran UPSI di Litar Lumba Kuala Selangor. Tahniah dan syabas diucapkan. Walaupun tidak berjaya memenangi perlumbaan tersebut diharapkan usaha dan semangat ini dapat diteruskan sebagai permulaan usaha bagi tahun-tahun yang mendatang.



ELECTRIFYING PMS

 

All the best kepada team Electrifying PMS yang akan bertanding dalam formula Motorsport Education - FMEC 2022 anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pelancaran di PMS telah disertai oleh TPA, Dr. Zulkfli bin Md Yusoff yang diiringi oleh KJ JKM, Dr. Mohd Shahril bin Mohd Hassan dengan beberapa orang pensyarah yang terlibat.



PMS RACING TEAM JUARA

  Kejayaan yang membanggakan. Tahniah buat PMS Racing Team (JKM) kerana telah menjuarai Johan Pembentangan Kategori EV & Johan Keseluruh...