Wednesday, January 26, 2022
DALAM KENANGAN
TAHNIAH PMS JUARA PIPPo 2015
Namun lain jadinya dalam pertandingan pada kali ini. Tuah ayam nampak dikaki, tuah PMS siapa yang tahu. Hal itu kerana tanpa disedari oleh banyak pihak, gabungan tenaga akademik dan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PMS khasnya program Rekabentuk Pembuatan Automotif telah menghantar satu rekabentuk yang berimpak tinggi sekaligus menenggelamkan wibawa inovasi politeknik yang lain.
Menurut Norhayati Abdullah selaku Ketua Program Rekabentuk Pembuatan Automotif, rekabentuk berinovasi yang dihasilkan oleh PMS lebih tertumpu kepada penggunaan teknologi yang mudah namun kreatif. "Misalnya kami menghasilkan side mirror menggunakan kamera. Selain itu, kami juga menggunakan tiga seater, aerodinamik sirip tepi. Rekaan itu adalah berkonsepkan rupa bentuk serangga kala jengking,"beritahu Norhayati lagi.Tambah beliau, "Pemilihan warna merah yang garang tetapi masih mengekalkan ciri-ciri proton. Alhamdulillah syukur kerana ciptaan pasukan kami berjaya menambat hati panel juri dan dengan kejayaan menjuarai PIPPo ini sekaligus menambahkan lagi keyakinan bahawa pelajar PMS mampu untuk mengenengahkan rekacipta dan rupabentuk inovasi yang unggul.
Sementara itu, Pengarah PMS, Wan Muhammad Afifi Wan Abdullah antara orang yang paling gembira dengan kejayaan pasukan PMS dalam PIPPo kali ini. Katanya, 'Kejayaan ini sekaligus membuktikan yang pelajar kami adalah antara pelajarpoliteknik yang berketerampilan tinggi dalam menghasilkan inovasi. Bukan mudah untuk memikat perhatian juri yang begitu teliti. Tahniah kepada semua pelajar dan tenaga akademik yang membimbing atas kejayaan yang penuh cemerlang ini dan diharapkan momentum ini dapat dikekalkan, malah dipertingkatkan.'Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Mohd Fuaad Bin Fesul pula memberitahu bahawa kejayaan PMS ini menunjukkan tiada yang mustahil untuk berjaya. 'Segalanya terletak atas kesungguhan dan hakikat itu telah pasukan kami buktikan. Ini adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM Pendidikan Tinggi), Alhamdulillah.'
Monday, January 10, 2022
PMS JUARA PIPPO 2015
PMS RACING TEAM JUARA
Kejayaan yang membanggakan. Tahniah buat PMS Racing Team (JKM) kerana telah menjuarai Johan Pembentangan Kategori EV & Johan Keseluruh...

-
8 Jun 2022 - Program Kasih Sukarelawan JKM PMS Bersama Orang Asli Rompin (KeJAR) 2022 - CSR HIDEOPONIK NFT BERTINGKAT yang berlangsung di ...
-
Majlis Perpisahan Cik Sarah Nadiah binti Mohd Ghazali (Pensyarah DTP, JKM PMS) yang telah berpindah ke Bahagian Pembangunan KUrikulum, Jab...