Tuesday, February 22, 2022

MAJLIS PERSARAAN KETUA JABATAN MEKANIKAL


Satu majlis bagi meraikan persaraan Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PMS telah diadakan pada 28 Januari 2020 di Tong Villion  Muadzam Shah. Tuan Haji Hairul Anuar bin Hussain telah berkhidmat selama 36 tahun di Kementerian Pendidikan dan akan bersara wajib pada Februari 2020. Beliau yang berasal dari Bentong, Pahang mula menabur bakti di PMS pada November 2018 dan pernah berkhidmat di POLISAS, Kuantan dan Politeknik Kota  Kinabalu, Sabah. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah PMS, Tuan Haji Hassan Ismail, Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Abd Rahim Awang dan TImbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Muhammad Iskandar Abu Thohib.





Wednesday, February 16, 2022

AKREDITASI ETAC

 

Selamat datang diucapkan kepada Deligasi Panel Majlis Akreditasi Teknologi Kejuruteraan (ETAC) ke Politeknik Muadzam Shah. Audit akreditasi ini bermula pada 7 dan 8 Oktober 2019 bagi kesemua 4 program yang ada di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PMS. Semoga dipermudahkan segala urusan kita hendaknya.



Thursday, February 3, 2022

TAHNIAH DAN SYABAS

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PMS iaitu En. Masrul Nizam bin Mahmood kerana telah mendapat tempat ke-3 dalam kategori Perikanan Terbuka pada Pertandingan Inovasi 2020 anjuran Jabatan Perikanan Malaysia pada 23-24 September 2020 di Dewan Arowana, Jabatan Perikanan Malaysia, Putrajaya. Projek Hybrid Project Wastetronic Electronic Control of RAS Sewage merupakan kolaborasi bersama Fisheries Research Institute (FRI) Tanjung Demong, Besut. Pemenang membawa hadiah wang tunai sebanyak RM 2,000.00

PMS RACING TEAM JUARA

  Kejayaan yang membanggakan. Tahniah buat PMS Racing Team (JKM) kerana telah menjuarai Johan Pembentangan Kategori EV & Johan Keseluruh...