3-4 November 2022 : Telah diadakan Kursus Sistem Aquaponik & Program Sistem Tanaman Hidroponik anjuran Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah di bawah skop Program Latihan Kemahiran Techno Huffaz, Tahfiz dan Sekolah Pondok dibawah Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) 2022 yang bertempat di Bengkel JKM, Politeknik Muadzam Shah.
Kedua-dua kursus ini telah disertai oleh para pelajar dari Tahfiz Ar-Rayyan, Pahang dan Madrasah Tahfiz Al-Umm, Pahang yang diselaraskan oleh pengarah program iaitu Ts. Rafis Suizwan bin Ismail@Hussain dan Ts. Masrul Nizam bin Mahmod.
Untuk makluman, kursus ini dijalankan untuk memberi pendedahan dan nilai tambah kepada pelajar tahfiz dalam bidang aquaponik dan hidroponik untuk pengalaman dan kerjaya pada masa akan datang.