Wednesday, August 23, 2023

PMS RACING TEAM JUARA

 

Kejayaan yang membanggakan. Tahniah buat PMS Racing Team (JKM) kerana telah menjuarai Johan Pembentangan Kategori EV & Johan Keseluruhan Kategori EV dalam Formula Motorsport Education Competition (FMEC 2023) Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 25-26 Julai 2023.

Pertandingan ini juga telah disertai oleh 15 pasukan dari pelbagai Istitusi Pengajian Tinggi Malaysia. Semoga pencapaian yang diterima ini menjadi pemangkin untuk kejayaan yang akan datang. Terima kasih semua yang telah memberi sumbangan tenaga dan kerjasama pada Team PMS Racing Team (JKM)



PERSEDIAAN SEBELUM PERLUMBAAN


Pada hari ini pasukan PMS Racing Team telah mengharungi hari pertama dengan lancar dimana sesi Pemeriksaan, Penelitian, Simulasi dan Ujilari dijalankan. Hari ini merupakan hari penentuan dimana acara time attack dijalankan. Semoga urusan PMS pada hari ini dipermudahkan.



FORMULA MOTORSPORTS EDUCATION COMPETITION 2023


Buat semua warga PMS yang berkelapangan dan berada di sekitar kawasan Sepang dijemput untuk menghadiri ke acara perlumbaan FORMULA MOTORSPORT EDUCATION COMPETITION 2023 (FMEC 2023).

Majlis Flag Off PMS Racing Team ke Pertandingan FMEC 2023 telah disempurnakan oleh Pengarah PMS Tn Hj Che Alias bin Mohd Yusof sambil diiringi oleh AMP PMS dan ahli pasukan PMS Racing Team dihadapan bangunan pentadbiran PMS pada jam 11.00 pagi, 24 Julai 2023 (Isnin). Diharapkan team PMS ini beroleh kejayaan di dalam pertandingan itu nanti.



PMS RACING TEAM JUARA

  Kejayaan yang membanggakan. Tahniah buat PMS Racing Team (JKM) kerana telah menjuarai Johan Pembentangan Kategori EV & Johan Keseluruh...